Seramai 14 orang pelawak popular tanah
air bakal bersaing dalam program realiti popular Warna Super Spontan
untuk musim ketiga yang bermula pada 22 Ogos depan, pukul 10 malam di
Astro Warna. Menurut Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam
Sani, pemilihan pelawak-pelawak yang bakal bersaing ini adalah melalui
reputasi cemerlang mereka daripada program-program lawak yang dianjurkan
sebelum ini. “Program ini sudah masuk musim ketiga dan sudah tentu kita
akan adakan pembaharuan daripada segi permainan-permainan setiap
minggu. “Pemilihan peserta memang kami mencari pelawak-pelawak yang
boleh beraksi secara spontan dan bersaing sesama sendiri bagi merebut
gelaran juara,” katanya pada sidang media Program Warna Super Spontan,
di sini, pada Jumaat.
Dalam pada itu, katanya, program ini masih mengekalkan format yang
sama seperti musim sebelum ini iaitu mereka akan dibahagikan kepada dua
kumpulan. Tambahnya, dua kumpulan tersebut ialah Mawas Berduri yang
diuruskan oleh Rashid Salleh dan disertai oleh Johan Raja Lawak, Syuk,
Jihan Muse, Rahim, Fad, Didie Alias dan Yus. Manakala kumpulan Biawak
Laser akan diuruskan oleh Reza dan dibarisi oleh Shuib, Taukeh, Shahrol,
Micheal Ang, Achey, Sharifah Sakinah dan Abam.
Program ini akan menampilkan Adlin Aman Ramli dan Afdlin
Shauki sebagai pengacara, manakala Amir Raja Lawak akan muncul bagi
menghangatkan suasana. Sementara itu, berdasarkan persembahan mingguan,
nasib peserta akan ditentukan oleh undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS)
penonton. Kumpulan yang mendapat markah terendah perlu menyingkirkan
salah seorang peserta kumpulan mereka.Juara Super Spontan akan membawa
pulang wang tunai RM100,000.
Watch Online
Download